Hanya Yang Diarahkan Oleh Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor Sahaja Yang Perlu Hadir Jalani Saringan Ujian COVID-19

TULAR:
2188

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor:

Merujuk kepada mesej pesanan dari aplikasi whatsapp yang tular di kalangan orang awam bagi kes positif FAMA.

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor ingin menegaskan bahawa hanya mereka yang telah diarahkan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor sahaja yang perlu hadir menjalani saringan ujian COVID-19. Manakala, bagi yang tidak mendapat arahan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor – mereka tidak perlu hadir.

Namun demikian sesiapa yg pernah berurusan di Pasar Besar Selayang perlu hadir menjalani saringan seperti yang pernah diiklankan sebelum ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI