Tiada Pencerobohan Bot Nelayan Asing Vietnam Di Perairan Dungun

TULAR:
1438

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Terengganu:

Agensi tersebut mendapati terdapat satu video tular yang dimuatnaik ke laman sesawang Facebook yang mendakwa terdapat pencerobohan bot nelayan asing dipercayai dari negara Vietnam di kedudukan 30 batu nautika dari Kuala Dungun.

Menerusi siasatan yang dijalankan oleh Maritim Negeri Terengganu (MNT) didapati hantaran beserta gambar dan video yang ditularkan pada 28 April 2020 sekitar jam 6 petang adalah merupakan maklumat yang sama diterima oleh MNT pada 23 April 2020.

Oleh itu, MNT menjelaskan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan susulan menerima maklumat pada 23 April 2020 dan video tular pada 28 April 2020 adalah seperti berikut:

  1. Pada 23 April 2020, lebih kurang jam 7.30 malam, MNT telah menggerakkan sebuah kapal dan sebuah bot peronda ke kawasan yang dimaklumkan berlakunya pencerobohan bot nelayan asing dari Vietnam. Selepas melakukan rondaan dan pemantauan di lokasi tersebut dan di kawasan sekitar radius 10 batu nautika selama tiga jam, aset MNT mendapati tiada bot nelayan asing berada di sekitar kawasan perairan tersebut.
  1. Pada 28 April 2020, MNT telah menggerakkan sebuah kapal peronda pada lebih kurang jam 9 malam untuk membuat pemeriksaan di lokasi yang sama dan juga di kawasan sekitar meliputi 10 radius batu nautika dari lokasi aduan. Selepas melakukan pemantauan sehingga jam 6 pagi pada 29 April 2020, didapati tidak kelihatan sebarang bot nelayan di dalam hantaran video tular berkaitan.
  2. Menerusi siasatan ke atas pengesanan kontak menerusi sistem radar juga mendapati tidak terdapat pencerobohan bot nelayan asing Vietnam di lokasi yang dilaporkan pada tarikh-tarikh tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI