Siaran Berita Daripada Astro Awani Kononnya Motosikal Kuasa Besar Melebihi 500cc Dibenarkan Berkonvoi Dalam Tempoh PKP Fasa 4 Adalah Palsu

TULAR:
5304

SEBENARNYA:

Berdasarkan semakan MCMC, pihak Astro AWANI telah membuat penafian berhubung perkara ini.

Menurut Astro Awani, pihak mereka merujuk satu tangkapan skrin yang tular di media sosial. Astro AWANI tidak pernah menyiarkan kenyataan bahawa ‘motosikal berkuasa besar melebihi 500cc dibenarkan membuat konvoi’, bagi merujuk kepada kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4.

Penafian ini dibuat selepas penyebaran gambar tersebut, oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, telah mencetuskan kekeliruan orang ramai.

Dalam imej tersebut, tertera teks rerayap yang sengaja diubah suai, bertulis: “PKP Fasa 4: Motorsikal kuasa besar melebihi 500cc dibenarkan membuat konvoi. Kelonggaran ini hanya untuk kategori easyrider sahaja.”

Teks yang disunting itu disebar bersama imej yang diambil daripada sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri yang disiarkan secara langsung pada Rabu (29 April 2020).

Oleh itu, pihak Astro AWANI meminta orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran berita palsu dan menyeru supaya mendapatkan berita melalui saluran dan sumber yang sah.

SUMBER:

Astro AWANI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI