PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kekurangan Bekalan Darah Jenis O Negatif.
SEBENARNYA :
Menurut kenyataan rasmi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) :
Satu kenyataan yang tular di media sosial berhubung dakwaan seorang waris pesakit bahawa bekalan darah jenis O negatif semakin berkurangan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah adalah tidak benar.
Hasil siasatan HTAR mendapati, bekalan darah jenis O negatif pada ketika ini adalah mencukupi. Pihak HTAR juga telah memberikan bekalan darah yang mencukupi kepada pesakit tersebut.
Untuk makluman, darah O jenis negatif dikategorikan sebagai kumpulan darah rare. Oleh itu, semua tabung darah menyimpan stok yang banyak pada satu-satu masa. Walaubagaimanapun, stok yang sedia ada adalah mencukupi bagi kegunaan semasa kecemasan. Pihak HTAR juga mempunyai senarai penderma darah rare untuk dipanggil pada bila-bila masa terutama waktu kecemasan.
Pihak HTAR memandang serius isu ini dan menasihati orang ramai tidak mempercayai maklumat tersebut dan menyeru berhenti menyebarkannya kepada orang lain.
SUMBER :
Laman Facebook Rasmi Hospital Tengku Ampuan Rahimah