Ibu Letak Bayi Di Baby Hatch Adalah Satu Perbuatan Jenayah?

TULAR:
910

PENJELASAN : 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperjelaskan dakwaan bahawa ibu yang meletakkan bayi mereka di Baby Hatch adalah satu perbuatan jenayah sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut KPWKM, ibu yang meletakkan bayi mereka di Baby Hatch tidak perlu bimbang kerana ia bukan satu perbuatan jenayah.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata sebaliknya, keselamatan dan kesihatan bayi mereka dijamin untuk mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut beliau, “Kerajaan menyediakan pusat Baby Hatch untuk ibu terdesak yang mempunyai anak tidak diingini supaya bayi mereka boleh diletakkan di tempat yang selamat.”

SUMBER:

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI