Insiden Kematian Tapir Di Batu 14, Hulu Langat Berpunca Daripada Kecuaian APM?

TULAR:
1004

PENJELASAN:

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memperjelaskan dakwaan berhubung insiden kematian seekor tapir di Batu 14, Hulu Langat sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut APM, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut dan hasil siasatan mendapati bahawa pihak APM telah menerima panggilan orang awam mengenai kes tapir terjatuh ke dalam longkang di Batu 14 Hulu Langat pada jam 10.38 malam (24 Oktober 2017).

Seramai empat orang petugas telah bergegas ke lokasi dan dimaklumkan tindakan awal telah diambil sebelum ketibaan APM. Keadaan tapir ketika itu kelihatan lemah dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan dengan bahagian leher diikat dengan ketat sebelum ketibaan APM. Anggota APM telah memeriksa nadi tapir berkenaan dan dukacita mendapati tiada nadi dikesan.

Sehubungan itu, pihak APM ingin menegaskan bahawa keadaan tapir berkenaan sememangnya telah tidak bermaya ketika ketibaan anggota APM ke lokasi dan anggota terlibat telah menjalankan penugasan sebaik mungkin bagi mengelakkan lebih banyak kecederaan pada tapir berkenaan.

SUMBER:

Facebook Jabatan Pertahanan Awam


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI