PENJELASAN :
Pihak polis memperjelaskan laporan bahawa seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang ditahan kerana disyaki membawa bom tangan di Lapangan Terbang Miri sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah,polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang kerana memiliki pemetik api menyerupai bom tangan malam di Lapangan Terbang Miri.
Suspek yang bekerja di Johor Bahru ditahan di balai berlepas Lapangan Terbang Miri ketika pemeriksaan bagasi tangan dilakukan ke atas beg pinggang suspek.
“Polis Bantuan yang melakukan pemeriksaan mengarahkan suspek membuka beg itu dan mendapati satu objek menyerupai bom tangan. Apabila ditanya, suspek menjawab ia adalah pemetik api.”
SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia