Kegiatan Penculikan Kanak-Kanak Menggunakan Kereta Di Sekolah Kebangsaan Muhibbah Dan Sekitar Tawau?

TULAR:
718

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat penculik yang memandu sebuah kenderaan aktif menculik kanak-kanak  di Sekolah Kebangsaan Muhibah dan sekitar Tawau.

Sumber gambar : PDRM

SEBENARNYA :

Pihak Polis menafikan dakwaan yang tular di aplikasi Whatsapp mengenai penculik yang memandu sebuah kenderaan aktif menculik kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Muhibah dan sekitar Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata maklumat yang tular itu adalah palsu dan disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Tidak ada kejadian seumpama berlaku, pihak polis juga telah bertemu pemilik kenderaan yang dimaksudkan dan pemiliknya merupakan seorang wanita berumur 52 tahun.”

SUMBER :

Bernama

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI