Penipuan Dalam Timbangan Beras 10kg Jenama Jasmine?

TULAR:
2576

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kekurangan berat timbangan beras 10kg Jenama Jasmine.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), pemeriksaan telah dijalankan di kilang membungkus beras terbabit. Keputusan siasatan mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 4,000 bungkus beras jenama Jasmine Super Special @ 10kg sebagaimana telah tular yang siap dibungkus. Sebanyak 200 bungkus telah diambil secara rawak untuk membuat ujian timbangan berat.

“Hasil timbangan ke atas kesemua 200 bungkus beras tersebut mendapati berat antara 10.2kg-10.5kg bagi setiap satu bungkusan. Tidak menjumpai bungkusan dibawah berat 10kg.”

SUMBER : 
Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI