PENJELASAN:
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan penularan maklumat mengenai individu yang telah meninggal dunia tetapi masih tersenarai dalam daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut JPN, pihak mereka telah berhubung dengan waris mendiang MM Narayanan Nair A/L T.Narayanan Nair bagi memperjelaskan kekeliruan berkenaan perkara tersebut dan ia difahami serta diterima baik oleh keluarga terbabit. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan sewajarnya.
Dalam pada itu, SPR akan mengambil tindakan segera untuk memotong nama pemilih berkenaan dalam Daftar Pemilih PRU14. SPR menegaskan bahawa ia tidak boleh sewenang-wenangnya memotong nama seseorang pemilih tanpa pengesahan kematian mereka oleh JPN.
SPR telah membuat semakan dan mendapati nama pemilih tersebut tidak pernah dipotong dan namanya kekal dalam senarai Daftar Pemilih sejak ia didaftarkan pada 1994. Sehubungan dengan itu dakwaan pihak berkenaan mengenai nama mendiang pernah dikeluarkan dan dimasukkan semula ke dalam Daftar Pemilih menjelang PRU-14 adalah tidak benar.
SUMBER:
Twitter Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara
Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara