Calon PRU-14 Tidak Dibenarkan Berceramah Di Luar Kawasan Yang Ditandingi?

TULAR:
425

PENJELASAN:

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat undang-undang baharu yang bertujuan menyekat calon-calon yang bertanding dari berucap atau berceramah di luar kawasan yang ditandingi sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataan PDRM:

Adalah dengan ini diperjelaskan bahawa semasa dalam tempoh berkempen, hanya calon yang bertanding di kawasannya atau ejennya sahaja, yang boleh memohon permit di bawah peruntukan Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954,untuk berkempen dikawasan yang ditandinginya sahaja.

Calon atau ejennya boleh menjemput mana-mana orang untuk berkempen di kawasan tandingannya, dengan syarat penama-penama tersebut telah disenarai dalam permit yang diluluskan, mengikut tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di dalam permit tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi mana-mana orang yang ingin mengadakan sebarang perhimpunan pula, hendaklah memberi Notis Pemberitahuan sepertimana kehendak Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012. Notis pemberitahuan di bawah peruntukan akta ini hendaklah diberikan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.

Dakwaan bahawa wujud undang-undang baharu yang bertujuan menyekat calon-calon yang bertanding dari berucap atau berceramah di luar kawasan yang ditandingi mereka, adalah tidak benar sama sekali.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI