Gajah Liar Merayau-Rayau Di Kawasan R&R Titiwangsa, Grik?

TULAR:
940

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat gajah liar yang merayau-rayau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, Jalan Raya Timur Barat, Grik.

Sumber gambar: Facebook.gajah

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa menafikan dakwaan bahawa terdapat seekor gajah liar merayau-rayau di sekitar kawasan R&R Titiwangsa, sebaliknya, pihaknya hanya menerima laporan daripada pegawai Perhilitan Gerik bahawa seekor gajah liar muncul di tepi pagar belakang surau di kawasan tersebut kira-kira 6 petang , 27 April 2018.

“Kemunculan gajah itu, yang makan pokok palma di situ, hanyalah di tepi pagar belakang surau dan buat seketika sahaja sebelum ia beredar ke dalam hutan,” katanya menambah, kehadiran gajah liar di kawasan itu dipantau sepenuhnya oleh beberapa pegawai Perhilitan Gerik.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI