
PENJELASAN:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan laporan bahawa calon parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Perak perlu memohon permit ceramah sewaktu tempoh berkempen dari setiap Ketua Polis Daerah selepas tarikh penamaan calon iaitu pada 28 April 2018.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, calon atau ejen parti sahaja boleh memohon permit mengikut Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
Jelasnya, melalui permohonan itu, calon boleh memohon permit tanpa had masa yang ditetapkan selagi mereka mengadakan kempen dalam kawasan yang bertanding sehingga waktu tengah malam 8 Mei 2018.
“Sekiranya borang permohonan diisi dengan betul, polis akan meluluskan permit dalam masa yang singkat untuk memudahkan calon menjalankan sesi ceramah di setiap daerah.
“Permohonan permit ini akan memudahkan pihak polis untuk mengatur perjalanan sesi berkempen calon sekali gus dapat mengelakkan pertembungan ceramah parti-parti politik yang berkemungkinan dijalankan serentak.”
SUMBER: