Sabah Negeri Termiskin Dan Mundur Di Malaysia?

TULAR:
3003

PENJELASAN:

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman memperjelaskan dakwaan bahawa negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang mundur dan termiskin di Malaysia.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Tan Sri Musa Aman berkata tuduhan itu adalah suatu yang tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata pencapaian Sabah dalam pelbagai sektor sejak 15 tahun lalu, berbanding tempoh sama sebelum itu, membuktikan bahawa segala tuduhan berkenaan adalah tidak berasas. Dalam tempoh 30 tahun dari awal 1970-an hingga tahun 2000, pendapatan negeri meningkat RM1 bilion kepada RM1.7 bilion pada 2004.

Selepas kerajaan memerintah selama 15 tahun selepas itu, hasil negeri meningkat tiga kali ganda kepada RM3 billion dan kini mencecah RM4 billion. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah telah meningkat dari RM59.5 bilion pada tahun 2011 kepada RM73.8 bilion pada tahun 2016 dan pencapaian itu telah meletakkan kedudukan ekonomi negeri di tangga kelima berbanding negeri-negeri lain.

“Kita tidak akan berhenti setakat ini. Matlamat kita menjadikan Sabah jauh lebih maju, Negeri Di Bawah Bayu, di atas mercu. Oleh itu, tanggapan bahawa Sabah adalah negeri termiskin adalah pembohongan besar semata-mata.”

SUMBER:

Astro Awani

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI