Institusi Selain SPR Keluarkan Visual Kaedah Penandaan Kertas Undi?

TULAR:
17552

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat visual kaedah penandaan kertas undi yang dijalankan oleh institusi yang tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai mesej-mesej tular yang tidak sahih dan berniat mengelirukan pengundi berkaitan proses pilihan raya yang ditularkan di media sosial.

Visual kaedah penandaan kertas undi yang dijalankan oleh institusi yang tidak berkaitan dengan SPR disifatkan sebagai berita tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai.

Dalam hal ini SPR menegaskan bahawa kaedah yang betul untuk penandaan pada kertas undi adalah tanda pangkah `X’ di dalam salah satu petak mana-mana Calon yang dipilih oleh pengundi pada kertas undi berkenaan. Walaupun tanda-tanda lain masih diterima, namun ianya bergantung kepada pertimbangan oleh Ketua Tempat Mengundi yang akan memutuskan sama ada penandaan itu dalam kategori undi diterima, undi ragu atau undi ditolak. Bagi kemudahan pengundi, poster panduan cara penandaan kertas undi dengan betul turut dipaparkan pada setiap Petak Undi bagi memberi panduan kepada pengundi.

SUMBER:

Laman Rasmi SPR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI