PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat senarai lelongan kenderaan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Seberang Perai Utara yang bakal diadakan pada Februari 2018.
SEBENARNYA:
Polis Seberang Perai Utara (SPU) menafikan akan mengadakan lelongan 26 jenis kereta dan 15 motosikal pada 6 Februari 2018 yang senarainya sedang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bagaimanapun Notis Jualan Lelong Kenderaan Tidak Dituntut yang bertarikh pada 6 Feb pukul 9.30 pagi dan bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU adalah benar.
“Untuk makluman, lelongan pada tarikh tersebut hanyalah sebanyak 24 unit motosikal pelbagai jenis sahaja dan ia tidak seperti ditularkan yang menyenaraikan 26 jenis kereta dan 15 motosikal pelbagai jenis untuk lelongan.”
SUMBER:
Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM)