Tiga Kawasan Di Sungai Buloh, Rawang Dan Kota Damansara Dilanda Banjir Kilat?

TULAR:
1804
Gambar hiasan.Sumber gambar : Bomba Malaysia

PENJELASAN :

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperjelaskan mengenai tiga kawasan di Sungai Buloh, Rawang dan Kota Damansara yang dilanda banjir kilat sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Instagram

Menurut JBPM Selangor, tiga kawasan masing-masing di Sungai Buloh, Rawang dan Kota Damansara, dilanda banjir kilat hingga menyebabkan beberapa laluan ditenggelami air sekali gus tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat terbabit adalah Kampung Bahagia berhampiran Bukit Lagong, Gombak, Jalan Persiaran Surian, Kota Damansara dan beberapa laluan di sekitar Rawang.

Banjir kilat itu menyebabkan laluan berkenaan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan sekali gus berlakunya kesesakan lalu lintas di berikutan aliran trafik tersekat.

Oleh itu, JBPM menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif selain patuh kepada arahan pihak berkuasa.

SUMBER : 

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI