PENJELASAN:
Kementerian Luar Negeri memperjelaskan dakwaan bahawa isu perjanjian air dan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) yang akan dikaji semula bakal mengugat hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan kajian semua Perjanjian Air 1962 tidak merencatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
Sebaliknya, katanya kedua-dua kerajaan melihat isu HSR dan perjanjian air perlu ditangani tetapi tidak seharusnya mengganggu gugat hubungan baik dua hala yang sedia ada.
Malah kedua-dua kerajaan mahu mempertingkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
SUMBER: