Premis Di Sibu Jual Ayam Tidak Halal?

TULAR:
1030

PENJELASAN:

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) memperjelaskan dakwaan bahawa Premis Fair Price, Kampung Datu, Sibu menjual ayam tidak halal sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu setelah membuat pemeriksaan susulan di premis Fair Price pada 18 Julai 2018 untuk mengesahkan maklumat yang telah ditularkan.

Hasil daripada pemeriksaan tersebut adalah sebagaimana berikut:

i. Premis Fair Price ini didaftarkan atas nama K & L Farming Industries Sdn Bhd, No 2B, 2C & 2D, Jalan Kampung Datu, Sibu. Premis ini BUKANLAH PEMEGANG Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

ii. Manakala, ayam yang dijual di premis ini adalah dibekalkan oleh K & L Farming Industries Sdn Bhd, Sublot 31, Lot 270-282, 9th Miles, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan masih sah sehingga 31 Oktober 2018.

iii. Pemeriksaan ke atas beberapa sampel ayam yang dijual juga menunjukkan bahawa tiada keraguan terhadap kesan sembelihan.

Sehubungan dengan itu, pengguna di Sarawak khususnya dinasihatkan menyemak terlebih dahulu dengan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak sebelum menyebarkan maklumat-maklumat yang belum disahkan.

SUMBER:

Jabatan Agama Islam Sarawak


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI