Projek MRT3 Telah Dibatalkan Sepenuhnya Oleh Kerajaan?

TULAR:
604

PENJELASAN :

Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaan bahawa Projek Aliran Transit Massa (MRT3) Laluan 3 telah dibatalkan kerajaan, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, MRT3 tidak dibatalkan dan hanya ditangguhkan untuk mengurangkan bebanan hutang kerajaan, dan Kabinet akan menentukan bila proses untuk menyambung semula pembinaan berkenaan.

Tambahnya, projek utama seperti MRT3 akan diberi keutamaan sekiranya kedudukan kewangan negara pulih. “Tetapi sekarang priority (keutamaan) kerajaan ialah mengurangkan kadar hutang negara terlebih dahulu, tetapi untuk projek penting seperti MRT3, apabila kedudukan kewangan negara pulih, sudah tentunya ia akan diberi keutamaan untuk dikaji semula.”

“Oleh kerana jajaran MRT3 melalui kawasan pusat bandar yang tepu bina dan berkepadatan tinggi, maka hampir 80 peratus daripada jajaran MRT3 adalah terowong bawah tanah. Ini menyumbang kepada kos pembinaan yang sangat mahal iaitu dijangka mencecah RM50 bilion.”

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI