Waspada Panggilan Palsu Dari Individu Menyamar Pegawai Penguatkuasa

TULAR:
798
Sumber gambar : PDRM

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan panggilan telefon dari pihak yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa memaklumkan bahawa akaun bank mereka bermasalah.

Sumber gambar: Polis Selangor.

Menurut Polis Diraja Malaysia, penipuan panggilan yang menyamar sebagai pegawai polis/institusi kewangan/SPRM/ Kastam/ Mahkamah/ Agensi penguatkuasa merupakan salah satu modus operandi  yang membimbangkan pada masa kini.

Penjenayah akan menghubungi mangsa menggunakan applikasi VOIP yang membolehkan paparan pemanggil (caller ID) diubah menjadi nombor telefon bank atau nombor telefon pihak berkuasa. Penjenayah akan memberitahu mangsa bahawa akaun bank mereka bermasalah;

1. terlibat dalam kes jenayah/dadah/ trafik
2. terlibat dalam penggubahan wang haram
3. terdapat penggunaan kad kredit didalam atau luar negara
atau bermacam lagi alasan penipuan.

Seterusnya mangsa akan diminta supaya memindahkan semua wang didalam semua akaun bank milik mangsa ke satu akaun yang boleh diakses oleh penjenayah. Satu taktik baru yang digunakan penjenayah adalah mangsa akan diminta membuka satu akaun baru di mana penjenayah akan meminta mangsa menyerahkan akses perbankan internet (user name, password, dan mendaftarkan nombor telefon penjenayah
bagi penerimaan kod pengesahan).

Jadi sekiranya anda menerima sms atau panggilan dari pihak yang memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa atau institusi kewangan, dapatkan pengesahan dari balai polis pihak institusi kewangan berdekatan anda. Jangan sesekali berurusan diatas talian.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Facebook Polis Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI