PALSU:
Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa gambar dan catatan mengatakan pondok haram yang dibina Orang Asli dibakar oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hutan Negeri Kelantan.
SEBENARNYA:
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menafikan agensi itu membakar pondok haram yang dibina oleh Orang Asli di sekatan laluan balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah dalam operasi di Gua Musang hari ini.
Pengarahnya Datuk Zahari Ibrahim mengakui pasukan penguat kuasa agensi itu melaksanakan operasi meroboh pondok haram tadi tetapi tidak membakar pondok sesuka hati sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak.
SUMBER: