Coklat Ferrero Rocher Tidak Halal?

TULAR:
12301

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya coklat jenama Ferrero Rocher adalah tidak halal.

Gambar hiasan. Sumber: ferrerochocolates.com.au

SEBENARNYA :

Coklat Ferrero Rocher yang dikilangkan di Itali mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT), South Africa iaitu salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak JAKIM adalah mengutamakan produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

SUMBER :

Bahagian Hab Halal JAKIM

 

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI