Jabatan Hutan Negeri Kelantan Bakar Pondok Orang Asli?

TULAR:
504

PALSU:

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa gambar dan catatan mengatakan pondok haram yang dibina Orang Asli dibakar oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hutan Negeri Kelantan.

Sumber Gambar: Blogspot

SEBENARNYA:

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menafikan agensi itu membakar pondok haram yang dibina oleh Orang Asli di sekatan laluan balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah dalam operasi di Gua Musang hari ini.

Pengarahnya Datuk Zahari Ibrahim mengakui pasukan penguat kuasa agensi itu melaksanakan operasi meroboh pondok haram  tadi tetapi tidak membakar pondok sesuka hati sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak.

SUMBER:

Bernama

mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI