Ternakan Lembu Kebuluran Akibat Banjir Di Pekan, Pahang?

TULAR:
580

PENJELASAN:

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memperjelaskan laporan bahawa terdapat ternakan lembu yang kebuluran akibat banjir di Kg Ganchong Kiambang, Pekan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

 

Menurut DVS, kejadian banjir bermula pada 26 Januari 2017. Semasa permulaan banjir, pasukan DVS daripada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Pekan telah turun memantau keadaan banjir dan keselamatan ternakan.

Penternak telah dinasihatkan oleh Pejabat Veterinar Daerah Pekan untuk memindahkan ternakan dengan bantuan DVS tetapi beliau enggan disebabkan pengalaman beliau yang telah biasa menghadapi situasi banjir selama 20 tahun.

Oleh itu, pemantauan situasi banjir dan keadaan ternakan telah dilakukan oleh Pejabat Veterinar Daerah Pekan dari masa ke semasa.

Hasil pemantauan pada 5 Februari 2017 juga mendapati keadaan banjir semakin surut dan ternakan lembu didapati sihat dan berada dalam keadaan selamat.

SUMBER: 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI