PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah melantik orang tengah bagi memudahkan urusan berhubung hal ehwal insolvensi bagi individu yang telah diisytiharkan bankrap.
SEBENARNYA :
Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai perantara atau orang tengah bagi memudahkan urusan berhubung hal ehwal insolvensi bagi individu yang telah diisytiharkan bankrap.
Sumber daripada MDI berkata, sebarang urusan berhubung kebankrapan perlu diuruskan secara terus oleh individu yang bankrap itu sendiri.
SUMBER :