PENJELASAN :
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya bertindak memilih bulu dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan.
Menteri KDN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesemua 10 jabatan dan agensi dibawah KDN tidak pernah memilih dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan.
“KDN mengambil pendekatan tidak pilih ‘bulu’ dari segi tindakan penguatkuasaan dan melakukan susulan kepada tindakan. “Sepuluh jabatan dan agensi ini akan menjalankan tanggungjawab mengikut perundangan, akta dan peraturan yang termaktub dalam undang-undang.”
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tugas dan tanggungjawab KDN adalah amat holistik dan menyeluruh meliputi aspek kehidupan rakyat sejak mereka dilahirkan sehinggalah meninggal dunia.
SUMBER :