Dua Pelarian Warga Palestin Terkandas Di KLIA 2?

TULAR:
677

PENJELASAN:

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperjelaskan laporan bahawa terdapat dua pelarian warga Palestin yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana pasport mereka telah disenaraihitamkan sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan. Sumber: The Star

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar, dua pelarian warga Palestin yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) telah diberi pas khas selama 14 hari untuk memasuki Malaysia.

Pas khas untuk dua individu itu sudah diproses dan mereka dibenarkan masuk ke negara ini.

“Pas khas itu bagi membolehkan mereka memproses visa sebelum berlepas ke Jerman seperti yang dipohon.”

SUMBER: 
Mstar

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI