Panggilan Telefon Daripada Pihak Berkuasa Kononnya Ada Ahli Keluarga Ditahan?

TULAR:
1298
Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon yang kononnya daripada pihak berkuasa yang mendakwa  bahawa ahli keluarga mangsa sama ada ayah, ibu atau anak telah ditahan bagi tujuan membantu siasatan.

Sumber gambar : PDRM

Sindiket kemudiannya akan mengarahkan mangsa memasukkan wang demi menyelamatkan ahli keluarga mangsa tadi daripada merengkok di dalam lokap.

Pihak polis memberikan nasihat bagi mengelak menjadi mangsa penipuan tersebut :


1. Jangan mudah percaya dengan mana-mana panggilan 
          telefon terutamanya yang meminta anda memasukkan  
          wang ke dalam sesuatu akaun bank.
      2. Jangan sesekali takut, gelisah atau malu untuk
menghubungi semula mana-mana balai polis yang
          dikatakan tempat ahli keluarga itu ditahan.
      3. Jangan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi
          perbankan anda di dalam talian telefon.
      4. Jangan sesekali membuat transaksi wang kepada
          sesiapa yang tidak dikenali di dalam talian telefon.
      5. Jangan sesekali menyerahkan akaun bank sendiri
          kepada sesiapa bagi tujuan menyalahi undang-undang.
SUMBER:

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI