Jabatan Veterinar Sarawak Lemaskan Anjing Untuk Pelupusan Haiwan Berjangkit?

TULAR:
630

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Veterinar Sarawak melemaskan anjing sebagai cara untuk melupuskan haiwan yang dijangkiti rabies.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan laporan mengenai tindakan Jabatan Veterinar negeri yang kononnya melemaskan anjing liar sebagai langkah melupuskan haiwan itu.

Katanya, jika perkata itu berlaku beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas ke atas individu yang bertanggungjawab melakukannya.

“Jabatan Veterinar mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menangani masalah anjing liar yang ditangkap semasa Operasi Rabies yang kini giat dijalankan di negeri ini. Kita (Jabatan Veterinar) tidak melakukan perbuatan sedemikian, ia kejam. Jika betul perkara ini berlaku saya sendiri akan mengambil tindakan terhadap individu tersebut.”

SUMBER :

Kosmo

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI