Perkhidmatan Telekomunikasi Prabayar Dikecualikan Cukai Perkhidmatan?

TULAR:
789

PENJELASAN:

Kementerian Kewangan Malaysia melalui siaran media rasmi pada 5 September 2018 mengesahkan bahawa perkhidmatan telekomunikasi pra-bayar dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut siaran media MOF:

Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah mengarahkan supaya perkhidmatan telekomunikasi pra-bayar yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi kepada pelanggan warganegara Malaysia dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai 6 September 2018. Melalui pengecualian ini, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi pra bayar akan mendapat nilai kredit sepenuhnya apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI