PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya jalan utama di sekitar daerah Kuala Pilah akan ditutup sepenuhnya sempena perarakan keagamaan melibatkan sebuah tokong pada malam 15 Oktober 2018.
SEBENARNYA:
Polis menafikan jalan utama di sekitar daerah Kuala Pilah akan ditutup sempena perarakan keagamaan melibatkan sebuah tokong pada malam ini (15 Oktober 2018) seperti disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Haslah Bachok berkata, perarakan itu bermula pada pukul 7.30 malam dan dijangka selesai pukul 10.30 malam.
“Pengguna jalan raya tidak perlu risau kerana tiada penutupan jalan seperti didakwa. Hanya jalan utama dan persimpangan lampu isyarat di Wisma MCA akan ditutup sementara semasa perarakan berlangsung.
“Perarakan hanya menggunakan sebelah jalan dan pengguna masih boleh melalui jalan-jalan utama tersebut.
“Kita juga akan menempatkan dua buah kenderaan pelbagai guna polis di hadapan dan belakang sepanjang perarakan bagi memudahkan pergerakan kenderaan.”
SUMBER: