JMM Batalkan Program Sesi Artis Dari Thailand Bertemu Peminat Di Auditorium Muzium Negara Pada 20 Oktober 2018?

TULAR:
886

PENJELASAN:

Jabatan Muzium Malaysia memperjelaskan laporan berhubung program sesi bertemu peminat yang membabitkan artis dari Thailand di Auditorium Muzium Negara pada 20 Oktober 2018.

Sumber gambar: Utusan

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Muzium Malaysia:

Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah menerima permohonan daripada Maher Seni Production Sdn. Bhd. bertarikh 31 Mei 2018 (Khamis) untuk sewaan auditorium Muzium Negara pada 20 Oktober 2018 bagi maksud mengadakan suatu program yang dinamakan sebagai program sesi bertemu peminat artis Thailand, ‘Thailand Fans: Together in Kuala Lumpur’. Menurut syarikat tersebut, program ini bertujuan memperkenalkan Malaysia kepada peminat-peminat artis Thailand yang hadir dari negara-negara Asia.

Mengikut prosedur tempahan auditorium, pengesahan menerusi rasmi JMM akan dibuat selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh program bagi memastikan tarikh tersebut tidak bertindih dengan program/ acara rasmi JMM. Sekiranya permohonan sewaan ini diterima, permohonan akan diminta membuat bayaran dalam tempoh dua (2) minggu sebelum tarikh penyewaan. Dalam kes berkenaan, surat kebenaran sewaan auditorium telah dikeluarkan pihak JMM bertarikh 13 September 2018 (Khamis) dan pemohon/pihak penganjur telah membuat bayaran tersebut pada 3hb Oktober 2018 (Rabu).

Pada 13hb Oktober 2018 (Sabtu), JMM mendapati poster program tersebut telah tular di laman sosial di bawah nama ‘Kissing Krist & Signto‘, membabitkan artis kontroversi yang dikaitkan sebagai ikon ‘LGBT’. Sebaran ini amat memeranjatkan dan bercanggah dengan permohonan awal yang dikemukakan pihak penganjur kepada pihak JMM. Justeru, JMM telah bertindak membatalkan permohonan tersebut serta-merta. Pihak penganjur telah segera dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berkaitan artis terlibat dan keputusan pembatalan diteruskan meskipun program ini didakwa dianjurkan untuk tujuan amal. Pendirian JMM adalah jelas bahawa pihak kami tidak akan berkompromi dalam is-isu yang melanggar nilai -nilai Islam dan norma masyarakat Malaysia yang boleh mengancam keharmonian negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri MOTAC

Facebook Rasmi MOTAC

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI