Terdapat Unsur Sabotaj Kematian Suspek Aktiviti Keganasan Dalam Kemalangan Van PDRM?

TULAR:
517
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat unsur sabotaj dalam kemalangan van membawa tahanan yang turut mengakibatkan kematian seorang suspek aktiviti keganasan di Bukit Beruntung, Selangor.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan tohmahan terdapat unsur sabotaj dalam kemalangan van membawa tahanan yang turut mengakibatkan kematian seorang suspek aktiviti keganasan di Bukit Beruntung, dekat sini, Jumaat lalu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa seorang daripada lapan suspek yang ditahan di Perlis kerana terlibat dalam fahaman Salafi Jihadi itu hanya kemalangan biasa.

“Kejadian itu tiada unsur sabotaj. Kenderaan tersebut terbabas kerana tayar bahagian kanan van meletup sebelum melanggar pembahagi jalan. Dalam kejadian itu bukan sahaja suspek, malah anggota kita turut terpelanting keluar daripada kenderaan. Bagaimanapun, suspek gagal diselamatkan.”

SUMBER:

Utusan

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI