Sisa Pepejal Yang Tidak Boleh Dikitar Semula Akan Diharamkan Di Negara Malaysia?

TULAR:
1805

PENJELASAN:

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memperjelaskan persoalan berhubung pengharaman sisa pepejal terutamanya plastik yang tidak boleh dikitar semula di negara ini.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Yeo Bee Yin langkah tersebut diambil bagi memastikan sisa pepejal negara diuruskan dengan baik dan mengurangkan pencemaran plastik selain memastikan Malaysia tidak menjadi ‘tong sampah’ sisa plastik negara maju.

“Sisa plastik adalah berbeza-beza, ada yang hormogenius, sebati dan bersih yang mana ia boleh dikitar semula. Tetapi, ada sisa plastik yang tidak boleh dikitar semula dan bercampur dan biasanya kilang haram menggunakan sisa plastik bercampur ini untuk kitar semula. Kementerian ini akan pastikan setiap sisa yang tidak boleh dikitar dengan baik dan tidak mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling akan diharamkan di negara ini.”

“Buat masa sekarang semua aktiviti pengimportan sisa plastik dibekukan dan kita juga membekukan lesen untuk menubuhkan kilang kitar semula sehingga jawatankuasa membuat keputusan mengenai pengurusan sisa plastik. Kementerian sedang bekerjasama dengan Standard Malaysia untuk membangunkan satu standard ‘biodegradable plastic food compostable packaging’ dan akan dilancarkan hujung tahun 2018. Selepas ini akan ada eko label yang mana pengguna boleh tahu plastik itu mesra alam atau tidak.”

SUMBER:

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI