Padang Dataran Merdeka Akan Ditutup Sementara Waktu Kepada Orang Awam Dari 24 Oktober 2018 Hingga 2 Ogos 2019

TULAR:
731

PENJELASAN:

Dewan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa padang Dataran Merdeka di Kuala Lumpur akan ditutup sementara kepada orang awam bermula dari 24 Oktober 2018 hingga 2 Ogos 2019.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi DBKL:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara padang Dataran Merdeka kepada orang awam dan sebarang kegiatan di atasnya bermula daripada 24 Oktober 2018 hingga 2 Ogos 2019 bagi memberi laluan kerja-kerja River of Life Fasa 1.

Sehubungan dengan itu, orang awam yang melewati kawasan ini adalah dinasihatkan untuk berhati-hati serta menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja tersebut sedang dilaksanakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi DBKL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI