Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan Telah Dibuka Kembali Sepenuhnya?

TULAR:
1124

PENJELASAN :

Kerajaan Perak memperjelaskan laporan bahawa Jambatan Sultan Yusuf yang menghubungkan Teluk Intan dan Sitiawan telah dibuka kembali sepenuhnya, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, jambatan yang ditutup sejak 11 Ogos 2017untuk penyelenggaraan, akan dibuka kepada semua kenderaan ringan bermula 31 Disember 2017.

Menurut beliau, jambatan itu dibuka kepada kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2.5 meter sahaja. Kenderaan berat masih tidak dibenarkan untuk menggunakan jambatan terbabit dan perlu mengikut laluan alternatif seperti sebelum ini.

“Sepanjang tempoh pembukaan kepada kenderaan ringan, pihak Jabatan Kerja Raya akan buat pemantauan rapi demi keselamatan pengguna jalan raya. Papan tanda jalan alternatif juga sudah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan) manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felda Changkat Lada.”

SUMBER :

Berita Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI