PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarah beberapa orang pemandu lori untuk menanggalkan pakaian kerana enggan memberi suapan rasuah.
SEBENARNYA:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menafikan dakwaan anggotanya mengarahkan beberapa orang pemandu lori menanggalkan pakaian sehingga hanya berseluar dalam kerana tidak memenuhi suapan yang diminta.
“Kira-kira 2.30 petang, anggota memeriksa tiga buah lori yang diletakkan di bahu jalan dan menghalang lalu lintas di mana pemandunya tiada dalam kenderaan itu.
Kemudian, pemandu lori yang sedang mandi-mandi di atas bukit berdekatan bergegas turun dengan hanya berseluar dalam.”