Aktiviti Mengorek Pasir Di Sungai Puyu, Manjung Jejaskan Pendaratan Penyu?

TULAR:
704

PENJELASAN:

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperjelaskan dakwaan bahawa bahawa aktiviti mengorek pasir di muara Sungai Puyu, Pasir Panjang, Seri Manjung, Perak oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak menjejaskan kawasan pendaratan penyu di pantai tersebut, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, aktiviti mengorek pasir di muara Sungai Puyu, Seri Manjung, Perak tidak menjejaskan kawasan pendaratan penyu di pantai tersebut, sebaliknya kawasan terlibat hanya sebahagian kecil daripada kawasan pantai sepanjang enam kilometer dan bukan keseluruhannya.

Katanya lagi, projek mengorek pasir itu bertujuan mendalamkan muara Sungai Puyu bagi mengelakkan berlakunya banjir di kawasan Segari akibat limpahan air sungai yang terperangkap di muara tersebut.

Selain itu, menurutnya, kelulusan untuk mengeluarkan pasir tersebut telah mengambil kira masa yang sesuai iaitu dari bulan Disember 2017 hingga Mac 2018 kerana jumlah pendaratan penyu yang berkurangan ketika itu, selain kerja-kerja pengorekan dimulakan setelah mesyuarat bersama Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Polis Marin, Jabatan Kastam, Jabatan Laut, Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lumut diadakan.

SUMBER:

Berita Harian

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI