Menteri KPWKM Dikejarkan Ke Hospital Pada 9 Feb 2018?

TULAR:
249

PENJELASAN:

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperjelaskan dakwaan bahawa Menteri KPWKM, Datuk Seri Rohani Abdul Karim telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 9 Februari 2018.

Sumber gambar: Facebook.

Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Kamarul Farid Kamaruddin berkata, “Beliau hanya demam biasa dan tidak dikejarkan ke hospital seperti yang didakwa.”.

Kamarul Farid berkata, kenyataan disiarkan beberapa laman sosial dan portal berita berhubung keadaan kesihatan Rohani adalah tidak seperti yang dilaporkan.

Beliau mengakui, Rohani memang pergi ke Hospital Umum Sarawak (HUS), tetapi hanya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kerana demam.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI