Pengiraan Hibah 2017 TH Berdasarkan Baki Minima Tahunan?

TULAR:
1148

PENJELASAN:

Lembaga Tabung Haji (TH) memperjelaskan mengenai butiran pengiraan hibah 2017, sepertimana yang hangat dibincangkan di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi TH pada 9 Januari 2018, pengiraan hibah 2017 adalah berdasarkan baki purata minima bulanan sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Hibah TH 2017 bermula Isnin, 12 Februari 2018, di kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat. Semakan baki simpanan juga boleh dilakukan di ATM dan portal internet bank-bank rakan strategik seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik (Maybank2U) serta Portal Internet TH (THiJARI) dan aplikasi mobile (THiJARI).

SUMBER:

Laman Rasmi TH

Facebook Rasmi TH


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI