Kebakaran Kereta Honda CRV Di SK Paya Kemunting Disebabkan Oleh ‘Powerbank’?

TULAR:
703
Gambar hiasan.Sumber gambar : Bomba Malaysia

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya kebakaran sebuah kereta Honda CRV milik guru Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra berpunca daripada ‘powerbank’.

Sumber gambar :Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah menafikan kebakaran sebuah kereta Honda CRV milik guru Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra berpunca daripada ‘powerbank’.

Dalam siasatan awal, pihak bomba mengesahkan tiada alat peranti itu ditemui di dalam kereta berkenaan.

Malah, menurut Ketua Unit Perhubungan Awam JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, selain tiada powerbank dalam kereta, tiada unsur khianat dalam kes kebakaran kereta di sekolah itu.

“Saya menafikan dakwaan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang mengatakan punca kebakaran adalah disebabkan oleh powerbank atau khianat.”

SUMBER: 

Laman Facebook Rasmi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Kedah 

Utusan Online

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI