Malaysia Ditekan China Dalam Isu Etnik Uighur Islam?

TULAR:
303

PALSU:

Tular di media sosial laporan yang mendakwa Malaysia menerima tekanan daripada China berhubung 11 etnik Uighur Islam dari China yang dilaporkan ditahan di Malaysia, selepas melarikan diri dari penjara Thailand pada tahun 2017.

Sumber gambar : Reuters

SEBENARNYA:

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,  menafikan menerima tekanan daripada China berhubung 11 etnik Uighur Islam dari China yang dilaporkan ditahan di Malaysia selepas melarikan diri dari penjara Thailand.

Beliau berkata perkara itu tidak timbul sebaliknya China membuat permohonan rasmi kepada Malaysia untuk mengekstradisi 11 etnik Uighur berkenaan.

Kata beliau lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang melakukan siasatan terperinci mengenai penahanan 11 warga Uighur itu termasuk sama ada mereka terbabit dalam aktiviti militan Daesh.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI