Pembalakan Berleluasa Di Hutan Simpan Genting Peres, Jalan Jelebu – Ulu Langat?

TULAR:
646

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa berlakunya kerja-kerja pembalakan yang berleluasa di Hutan Simpan Genting Peres Jalan Jelebu – Ulu Langat.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Salim Aman, dakwaan berlakunya kerja-kerja pembalakan di dalam Hutan Simpan di kawasan Genting Peres adalah tidak benar, dan pihaknya mendapati kawasan tersebut berstatus tanah milik (tanah individu atau syarikat) yang sedang dibersihkan bagi tujuan pertanian.

“Pihak jabatan juga mengesahkan bahawa tiada sebarang kebenaran atau lesen dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri mahupun Jabatan Perhutanan untuk membawa keluar kayu-kayu dari kawasan tersebut.”

Selain itu, katanya, lori balak yang melalui kawasan itu adalah dari kawasan lain termasuk dari Pahang yang sering menggunakan jalan tersebut untuk ke Selangor, Kuala Lumpur atau ke Utara.

SUMBER: 

Laman Facebook Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI