PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan peraturan baharu mengenai cermin gelap bermula tahun 2018.
SEBENARNYA :
JPJ menafikan akan melaksanakan peraturan baharu mengenai cermin gelap pada tahun 2018 seperti maklumat yang tular. Katanya, peraturan sedia ada yang diguna pakai adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Feb 2016).
Menurut JPJ, pihak mereka hanya akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan dan mengarahkan pemilik atau pemandu kenderaan yang melanggar undang-undang tersebut untuk menanggalkan pelekat cermin gelap di mana-mana pejabat JPJ negeri.
SUMBER :