JPJ Kenakan Kompaun RM300 Kerana Lewat Perbaharui Lesen?

TULAR:
56107

PENJELASAN :

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenakan kompaun kepada kesalahan tidak memperbaharui lesen memandu yang tamat tempoh sepertimana yang tular di media sosial.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2017

Sumber gambar: Facebook.

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Disember 2016

Sumber gambar: Facebook

JPJ memperjelaskan bahawa risalah yang tersebar luas di laman media sosial adalah berkenaan KESALAHAN MEMANDU TANPA LESEN MEMANDU YANG SAH DAN TAMAT TEMPOH di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak JPJ menyatakan bahawa pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh akan dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

SUMBER :

Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan

Twitter Jabatan Pengangkutan Jalan

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI