JPJ Kuatkuasakan Peraturan Baru Cermin Gelap Bermula Tahun 2018?

TULAR:
4057

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan peraturan baharu mengenai cermin gelap bermula tahun 2018.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

JPJ menafikan akan melaksanakan peraturan baharu mengenai cermin gelap pada tahun 2018 seperti maklumat yang tular. Katanya, peraturan sedia ada yang diguna pakai adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Feb 2016).
Menurut JPJ, pihak mereka hanya akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan dan mengarahkan pemilik atau pemandu kenderaan yang melanggar undang-undang tersebut untuk menanggalkan pelekat cermin gelap di mana-mana pejabat JPJ negeri.

SUMBER :

Bernama

Harian Metro

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI