PENJELASAN :
Kementerian Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperjelaskan dakwaan bahawa Bandaraya Miri mempunyai jumlah setinggan tertinggi di Sarawak.
Menurut Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, dakwaan bahawa Bandaraya Miri mempunyai jumlah tertinggi setinggan di Sarawak adalah palsu dan tidak berasas, sebaliknya, setinggan di Bandaraya Miri hanyalah berjumlah lebih 1,000 orang dan bukanlah mencecah 4,000 orang seperti yang didakwa.
“Kami telah sama ada menempatkan semula mereka (setinggan) ke kawasan baharu atau mewartakan tempat tinggal mereka supaya mereka dapat tinggal di tanah berkenaan secara sah. Kami berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan masalah setinggan di Bandaraya Miri.”
SUMBER :