PALSU :
Tular di media sosial gambar sekeping nota menasihatkan supaya orang ramai berjaga-jaga kerana kononnya terdapat kejadian culik menggunakan pukau. Disebut juga suspek merupakan seorang wanita tua berbangsa Cina.
Gambar hiasan. Sumber: My News Hub
SEBENARNYA :
Polis menafikan terdapat kejadian kes penculikan kanak-kanak secara pukau didalangi warga emas yang didakwa berlaku di beberapa pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian yang ditularkan di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp itu. Menurutnya, orang ramai tidak perlu panik dengan penyebaran berita palsu itu.
SUMBER :