PENJELASAN :
Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) memperjelaskan dakwaan berkenaan seorang kanak-kanak yang ditinggalkan keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut MAHB, kanak-kanak 12 tahun itu tidak ditinggalkan keseorangan di KLIA 2 seperti dilaporkan media. Sebaliknya, kanak-kanak itu ditemani oleh satu pasangan dewasa.
Rakaman kamera pengawasannya menunjukkan kanak-kanak perempuan itu dan pasangan dewasa berkenaan meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki kereta kira-kira pukul 1.48 tengah hari.
Malah, tegas MAHB tindakan kawalan keselamatan yang diambil itu disebabkan oleh beberapa kes pemerdangangan manusia terutama melibatkan kanak-kanak.
Justeru, MAHB berharap orang awam memahami tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan lapangan terbang dan negara.